Saturday, April 17, 2010

Tergantung


Aku rasa aku benar-benar mati,
Mati yang berjasad,
memikirkan tak lain,
hanya itu,
hanya satu.

Bercakap memang mudah,
Semua orang begitu,
Aku juga begitu.

Setiap detik yang berlalu,
Setiap nafas yang terhela,
Seakan-akan membawa aku jauh ke pelusuk bumi.

Semakin aku mencengkam,
Bergelut untuk keluar, 
Semakin jauh aku tenggelam
Tenggelam ke dunia lain yang dalam.

Bila aku cuba tutup mata,
Semua tak hilang semudah aku sangka,
Gelap atau terang seakan sama,
Kerana kepala aku memikirkannya satu,
Tiada beza antara aku dan si buta,

Bila tiba masa semua ini berakhir, 
Akan aku sujud,
Dengan sepuluh jari telungkup ke tanah,
Tanda kasih sayang dan syukur tak terhingga,
Umpama Adam ketemu Si Hawa,
Umpama Si Majnun ketemu Si Laila.

Berilah aku peluang,
Walau aku tahu ianya tak kemana,
Cukuplah menghabiskan sisa-sisa,
Disisi cinta.

11 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.