Sunday, August 30, 2009

pulang


kalau boleh,
aku mahu balik,
apa yang kau ambil dari aku,
mungkin kau tak sedar,
kau alpa,

pagi itu,
kau telefon aku,
kau kata hati kau sakit,
kau menangis,
kau marah,
kau sedih,
kau geram,
kerna si dia kau sakit,
aku juga sakit

malam itu,
kau telefon aku lagi,
kau cerita,
tentang dia,
kau ketawa riang,
kerna si dia,
bagi kau ros merah,
aku juga tertawa

kau masih tidak tahu,
kau masih tidak mengerti,
tanyalah bulan,
kerna aku sudah beritahu padanya,
tanyalah awan,
kerna sudah kubisik sayup segala,

jika kau masih tak megerti,
jika kau masih ingin berlalu pergi,
pulangkan kembali,
sekeping hati,
supaya aku dapat memberi,
kepadanya satu hari nanti..

by : Muzamel Zainal

Thursday, August 27, 2009

biola


si tua itu masih disitu,
pelan-pelan menyeret dawai biola,
kasutnya hitam,
bajunya kelabu,
merdu.. sungguh merdu,

cerita-cerita sedihnya,
terungkap segala,
dalam nada biola,

dia, hanya mahu karyanya dihargai,
walau dia tak sehebat Beethoven
walau dia tak sehebat Mozart,
dia hanya lelaki tua,
dan dia hanya punya biola,
biola yang setia,

dan kamu?
kamu bilang dia tak berguna,
hingar busuk,
tak cantik,
tak berharta,

tapi kamu perlu tahu,
dia itu juga manusia,
manusia biola.

by : Muzamel Zainal

Tuesday, August 25, 2009

primadona


di tingkap itu,
orang selalu memandangmu,
jelita,
tak jemu dipandang,

tapi apa yang kau rasa?
sunyi? sepi?
kerna kau anak bangsawan,
kau itu primadona,
layakkah kau turun kebawah?

bajumu sutera hijau,
rambutmu hitam tersisir,
dirimu kilauan permata,
dan baumu pemikat jejaka,

tapi kau juga punya kurang,
hatimu sepi siapa yang tau?
kerna kau itu primadona.

by : Muzamel Zainal

coklat


dulu ibu selalu beri aku,

sebungkus chocolate yang bentuknya hati,

cantik!

aku suka rasanya,

aku suka bentuknya,

ibu kata,

semanis mana chocolate itu,

tak dapat di banding manisnya sayangnya pada aku,

aku masih mentah, tak mengerti,

dan semalam,

kau beri aku,

chocolate yang sama,

berbentuk hati,

berwarna merah,

berbelang putih,

kau kata,

'ambillah, hidup ini masih panjang'

ternyata,

rasa chocolate itu tak pernah berubah,

aku masih suka,

mungkin itu bagaimana rasanya,

kasih sayang,

tak pernah berubah...

by : Muzamel Zainal

aiskrim


semalam kau call aku,

mahu berjumpa katanya,

pukul 4, aku diri disitu,

pegang aiskrim vanilla,

kesukaan kita berdua,

tapi, aiskrim itu lemah,

lama aku tunggu,

ia mencair, lebur, macam hati,

aku tau kau tak datang,

kerana cinta itu,

ibarat aiskrim vanilla,

aku sudah lama sabar menunggu,

nampaknya, sampai sini saja,

aiskrim vanilla cair ku campak dalam dustbin,

terima kasih aiskrim vanilla,

walaupun sementara..

by : Muzamel Zainal