Tuesday, December 8, 2009

Syiling


satu, dua, tiga,
rajin budak itu kira,
kira-kira mahu jadi apa dia bila besar?

kau jangan tanya aku balik,
aku bukan tahu,
barangkali doktor,
barangkali menteri,
siapa tahu?

sibuk dia mengira,
macam pegawai bank saja,
dengan kantungnya,
sarat gemuk dengan syiling,

ting! syilingnya jatuh,
lekas-lekas dia kejar,
aku kutip bagi padanya,
dia senyum,
syiling aku juga aku beri padanya,
dia suka!

'sudah, mari kita balik'
dia hanya menurut,
memimpin ibunya yang kusut,
tak bermata,
buta,

aku lihat saja,
kau jangan salahkan dia,
memang rezeki dia disitu,
die lambai aku,
aku tersenyum,
mungkin kerana syiling tadi,
tak seberapa.

by : Muzamel Zainal

Sunday, December 6, 2009

jari


kau memang hebat,
lagi hebat dari superhero pujaan,

kau boleh buat aku mati,
kau boleh buat aku rasa hidup,

dengan jari,
kau boleh pukul hati aku,

kau memang hebat..

Saturday, December 5, 2009

Sakit


aku terasa,
satu rasa,
luar biasa,

rasa sakit,
tapi aku tak nampak,
mana yang sakit?

tapi aku rasa,
memang ada,
memang seksa,

rasa sakit,
yang buat hati aku lebam,
yang buat jiwa aku kelam,

kenapa?
aku perlu rasa ini semua?
kerana aku bodoh kah?
atau kerana aku pengalah?

Sakit itu makin dalam,
membaham,
aku tak punya cara,
aku tak gagah,
harus bagaimana lagi?

by : Muzamel Zainal