Monday, April 26, 2010

Hassan Tango bahagian 1

Kita ubah angin sekali sekala..


Hassan
Hassan mengeluh panjang pagi itu. Cahaya matahari yang masuk dari celahan tingkap kayu membuatkan matanya terkebil-kebil menahan silau. Dicapainya selimut lusuh lalu dibungkus kepalanya dengan harapan mahu tidur kembali.Waktu itu, perutnya berkeroncong. Sejak balik dari kenduri rumah Haji Jemain semalam, dia lupa mahu makan.

Mata yang mahu ditutup, dibuka kembali. Perlahan-lahan dia keluar dari kamar. Sesekali terdengar bunyi papan rumah yang sudah usang dipijak. Matanya melilau ke laman rumah. Bapanya, Pak Deraman sedang tekun mengasah parang panjang di tepi kolam air. Sedikitpun tidak menarik minat Hassan. Di dapur, matanya buntang melihat pisang goreng di atas meja. Di capainya yang panas, disua kemulut.

‘Kau ke rumah tinggal hujung kampung itu lagi ye Hassan?’

Hassan menuang teh kedalam cawan. Sedikitpun dia tak hirau pertanyaan Mak Mah.

‘Saja-saja lah mak. Mana tau ada makanan tinggalan jepun’

Serta merta  dia teringat  buah nangka semalam yang diletak bawah rumah.

‘Kau jangan berani sangat Hassan. Buatnya di tembak kau nanti?’

Pak Deraman bertanya, sambil menyimpan parang panjang di belakang pintu. Hassan meneguk teh sambil tersenyum. Dicapainya gula di atas para, di tabur atas piring. Pisang goreng dicicah gula. Hassan senyum puas.

Saturday, April 24, 2010

Star


If you see a falling star,
make your wish,
I did,
And I found her,
My only star.
Even it just for a while,
It was the best thing ever happened, 
O my love
My dearest star.

Nurul Alyssa Abdul Malik
Happy 5th Anniversary babe,
I miss you.
Rest in peace.

Friday, April 23, 2010

Heboh


Kalau kau mahu  kaya,
Kau perlu miskin pada awalnya,
Miskin harta.

Kalau kau mahu pandai,
Kau perlu tolol pada awalnya,
Tolol bingai.

Kalau kau mahu cantik,
Kau perlu hodoh pada awalnya,
Hodoh buruk.

Kalau kau mahu berani,
Kau perlu takut pada awalnya,
Takut pengecut.

Kalau kau mahu jadi seniman,
Kau perlu di jalanan pada awalnya,
Jalanan murahan.

Kalau kau mahu jadi teragung,
Kau perlu jadi orang pada awalnya,
Orang jagung.

Setiap pengakhiran,
Dimulai dengan satu permulaan,
Permulaan yang akan mengingatkan kau,
Tentang apa itu kau di masa lampau.

Setiap anugerah hebat yang kau ingin miliki,
Semuanya bermula dengan apa yang kau tak pernah ingini.

Jangan kau heboh sana sini,
Bunuh diri,
Menyalahkan illahi,
Sebab kau tak dapat apa yang kau khuatiri.

Tuhan itu maha suci,
Kau akan dapat suatu hari nanti.




Thursday, April 22, 2010

Tipikal


Dalam banyak banyak bintang,
Bintang yang paling kau cari bintang gemilang.

Dalam banyak banyak rasa,
Rasa yang kau cari rasa bahagia.

Dalam banyak banyak harta,
Harta yang kau cari harta benda

Tipikal..

Wednesday, April 21, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Sama


Kenapa tuhan jadikan manusia itu berbeza?
Ada yang buruk, ada yang cantik,
Ada yang mundur, ada yang ternama,
Kenapa?

Setiap kejadian ada pasangan,
Si hitam tak ternampak kalau tiada si putih,
Si tinggi tak ternampak kalau tiada si kerdil,

Jangan cuba jadi bijak,
Guna akal tak seberapa memikirkan kejadian tuhan,
Logik?
Simpan dalam-dalam.

Kau tiada mukjizat,
Diam saja tak bermakna kau diikat,
Kadang-kadang kalau kau diam kau lagi bahagia,
Tak perlu tunjuk apa kau tahu pada dunia,
Sebab kita pada batinnya sama,
Hina disisi pencipta.

Apa betul kalau dunia ini kau punya, kau suka?
Umpama si raja,
Tapi jangan lupa,
Kau juga perlu udara yang sama,
Kita sama.







Sunday, April 18, 2010

Teka-Teki


Bila aku tegok-tengok balik,
Hampir semua umat gigih,
demi mencari jawapan masing-masing,
Si petani mencari baja,
Si pengail mencari umpan,
Si cendekiawan mencari tulisan,

Hidup ini memang hanya berteka-teki,
Hari ini kita dapat ini,
Untuk kita terus mencari untuk esok,
Esok mungkin kita dapat lagi,
Walau jauh mana pelusuk kau masuk,
Memang kita perlu mencari,
Mencari sebuah maksud.

Ada yang mati terlentang,
Ada yang mati terbalik,
Yang jumpa jawapan mata buntang,
Yang gagal berharap untuk reinkarnasi untuk berbalik,
Sebab itu masa itu amat ajaib,
Kau lambat tapi dia cepat,
Walau sekuat mana kau berdoa agar ia ghaib,
Tetap tak dapat,
Adat.

Lintang pukang tenggelam timbul,
Bagaikan dunia gila,
Semuanya sasau,
kacau bilau.

Hey, apa salahnya aku perlahan?
Kau juga pernah perlahan kan?
Kau bukan tuhan yang memberi arahan,
Kau hanya hamba hartawan.

Geli aku...

Saturday, April 17, 2010

Tergantung


Aku rasa aku benar-benar mati,
Mati yang berjasad,
memikirkan tak lain,
hanya itu,
hanya satu.

Bercakap memang mudah,
Semua orang begitu,
Aku juga begitu.

Setiap detik yang berlalu,
Setiap nafas yang terhela,
Seakan-akan membawa aku jauh ke pelusuk bumi.

Semakin aku mencengkam,
Bergelut untuk keluar, 
Semakin jauh aku tenggelam
Tenggelam ke dunia lain yang dalam.

Bila aku cuba tutup mata,
Semua tak hilang semudah aku sangka,
Gelap atau terang seakan sama,
Kerana kepala aku memikirkannya satu,
Tiada beza antara aku dan si buta,

Bila tiba masa semua ini berakhir, 
Akan aku sujud,
Dengan sepuluh jari telungkup ke tanah,
Tanda kasih sayang dan syukur tak terhingga,
Umpama Adam ketemu Si Hawa,
Umpama Si Majnun ketemu Si Laila.

Berilah aku peluang,
Walau aku tahu ianya tak kemana,
Cukuplah menghabiskan sisa-sisa,
Disisi cinta.

Friday, April 16, 2010

Nafas


Aku seperti di garisan mula semula,
menunggu saat letupan pertama,
yang akan membuatkan aku memecut laju kehadapan

Dan disaat letupan pertama,
aku akan terus berlari dan lari,
tanpa menghiraukan kau kau di tepi,

Aku tak perlukan simpati,
Aku tak perlukan hati,
Aku benci,

Aku hanya perlu lebih udara
Untukaku terus bernafas,
setelah memecut kehadapan,
hanya perlu udara..

By : Muzamel Zainal