Sunday, May 23, 2010

Fantasi gila

Sudah 2 tahun masa berlalu,
Ada orang cakap sekejap,
Ada orang cakap lama,
Ada orang tak tahu apa.

Dalam 2 tahun itu juga aku menipu,
bukan sapa-sapa tapi diri sendiri,
Aku yakinkan diri si dia masih disisi,
Bernafas dan kekal abadi,
Fantasi.

Rina cakap, "kau lupakan, hidup mesti diteruskan.."
Zizi cakap, "move on dude, its over.."
Kamal cakap, "entahlah.."
Azri cakap, "kau memang gila.."
Ibu aku cakap, "yang hidup, pasti mati"

Kalau aku ada peluang untuk jumpa Lisa,
Walaupun harus ditukar dengan nyawa,
Aku terima,
Cukuplah hanya seketika,
Untuk aku meluahkan rasa cinta.

Masa berlalu macam angin,
Aku jumpa dia, 
dia yang aku rasa boleh buat aku lupa,
satu fantasi gila yang aku cipta.

Ternyata,
sama juga,
dia aku tolak tepi,
fantasi gila aku sambung kembali,
sambung,
dan akan terus sampai bila-bila..

Saturday, May 1, 2010

Hassan Tango bahagian 2

Kebun Kelapa
‘Assalamualaikum’

‘Waalaikumsalam. Hah Salim, naik dulu. Mak Mah kamu ada goreng pisang’

Adat orang Melayu, Salim salam cium tangan Pak Deraman. 

‘Mari makan Salim. Hassan kebelakang. Mandi’

Mak Mah tuang lebihan teh dalam cawan. Salim makan pisang goreng penuh selera. Dari luar rumah dia nampak Pak Deraman mengayuh basikal ke kebun pisang hujung  kampung. Dia teringat ketika dia dan Hassan jumpa basikal tua itu di sebuah kubu jepun tinggal. Serta merta dia tersenyum

‘Ke mana kita pagi ni?’

Tanya Hassan yang sambil menyarung baju biru kebiasaannya.

‘Kita ke kebun Pak Selamat. Dia nak kita kutip buah kelapa. Untung nanti kita bahagi dua’

‘Berapa banyak dia mahu pakai? 5? 10?’

‘Kau tak tahu dia nak buat kenduri kahwin Abang Ramli? Dia nak pakai barang 30 biji’

‘Banyak betul.  Aku harap gulai daging ada sekali nanti’

Hassan terbayang gulai daging sambil telan air liur.

‘Lekas la, nanti cepat habis kerja, cepat lah kita balik’

Mak Mah yang sibuk membasuh di belakang rumah  menguak pintu rumah

‘Ingat, jangan kau pergi lagi rumah tinggal hujung kampung tu. Tau  bapak kau nanti mengamuk dia’

‘Ye lah mak. Hassan pergi dulu ya’

Mak Mah kedepan pintu, melihat  Hassan dan Salim kayuh basikal dengan parang tersisip tepi pinggang. Sesekali risaunya memikirkan anaknya yang baru 15 tahun membuak-buak walaupun Hassan anak yang pandai berdikari.