Tuesday, December 8, 2009

Syiling


satu, dua, tiga,
rajin budak itu kira,
kira-kira mahu jadi apa dia bila besar?

kau jangan tanya aku balik,
aku bukan tahu,
barangkali doktor,
barangkali menteri,
siapa tahu?

sibuk dia mengira,
macam pegawai bank saja,
dengan kantungnya,
sarat gemuk dengan syiling,

ting! syilingnya jatuh,
lekas-lekas dia kejar,
aku kutip bagi padanya,
dia senyum,
syiling aku juga aku beri padanya,
dia suka!

'sudah, mari kita balik'
dia hanya menurut,
memimpin ibunya yang kusut,
tak bermata,
buta,

aku lihat saja,
kau jangan salahkan dia,
memang rezeki dia disitu,
die lambai aku,
aku tersenyum,
mungkin kerana syiling tadi,
tak seberapa.

by : Muzamel Zainal

Sunday, December 6, 2009

jari


kau memang hebat,
lagi hebat dari superhero pujaan,

kau boleh buat aku mati,
kau boleh buat aku rasa hidup,

dengan jari,
kau boleh pukul hati aku,

kau memang hebat..

Saturday, December 5, 2009

Sakit


aku terasa,
satu rasa,
luar biasa,

rasa sakit,
tapi aku tak nampak,
mana yang sakit?

tapi aku rasa,
memang ada,
memang seksa,

rasa sakit,
yang buat hati aku lebam,
yang buat jiwa aku kelam,

kenapa?
aku perlu rasa ini semua?
kerana aku bodoh kah?
atau kerana aku pengalah?

Sakit itu makin dalam,
membaham,
aku tak punya cara,
aku tak gagah,
harus bagaimana lagi?

by : Muzamel Zainal

Friday, November 27, 2009

Kau


aku bangun,
aku berdiri,
terus berjalan pergi,
aku tak pasti,
apa ini semua takdir?
atau ilusi keliru?

yang aku tahu aku sepi,
seperti merpati,
yang terbang tinggi,
menunggu mati,

aku berjalan,
terus berjalan,
sampai di sebuah taman,

aku rebah,
aku rasa aman,
tapi kepalaku masih lagi pusing,
dan dimasa itu kau muncul,
aku rasa tenang,
suka,
gembira,

aku pasti,
jawapan yang aku cari,
sudah ada disisi,

kau,
jawapan aku.

by :Muzamel Zainal

Saturday, November 21, 2009

Lari


Hari ni kau kata kau nak lari
kau serabut,
kacau bilau segala,
kau mahu lari,
dari semua

kau kene tau,
sampai bila kau nak lari?,
sampai esok?
sampai lusa?
sampai tulat?

kau mahu lari?
larilah,
tiada siapa halang,
dan tiada sapa mengejar,
larilah,
seribu batu mahu.

mungkin saja kau rasa bebas,
lepas,
segala masalah,

tapi kau juga perlu tahu,
kau juga lari,
dari hati-hati,
yang sentiasa tengok kau,
hati-hati yang kasih,
hati-hati yang sayang,

dan bila masa kau toleh belakang,
jangan cari hati-hati itu,
kerna mereka hilang.

by : Muzamel Zainal

Monday, November 9, 2009

Biru


satu demi satu
kubilang semua
masih tak dapat
masih tak lihat

siapa?
kenapa?
mengapa?
aku masih tak tahu

jangan tanya aku
kerna aku cetek
celaru
biru

aku hanyut dalam dimensi
yang aku bina sendiri
tak siapa pun tahu
termasuk aku

by:Muzamel Zainal


Sunday, October 4, 2009

awan


malam kelihatan sepi,
tinggal aku seorang diri,
tak pasti,
kerna aku juga sepi,
tercari-cari apa yang tak pasti,
menyendiri,

di bawah terang si bulan,
aku pandang langit,

jika boleh ku bisik pada bintang,
ingin ku bisik agar kau diberi cahaya,
terang,
kerna kau tak suka gelap,

jika boleh ku khabarkan pada matahari,
ingin aku khabarkan agar kau diberi suam,
jauh dari sejuk kelam,

jika boleh ku cerita sama bulan,
ingin aku cerita tentang kau,
agar dia menjadi teman,
kerna aku mahu kau suka,

jika boleh ku panggil awan,
ingin aku pesan berimu kelembutan,
selembut awan putih salju,
kerna aku mahu kau bahagia,

aku tak mahu jadi bulan,
bentuknya saja berubah-ubah,
aku tak mahu jadi matahari,
pabila malam kau pergi,
aku tak mahu jadi bintang,
terangnya malap kerna hujan,

aku mahu jadi awan,
yang selalu disitu walau kau tak nampak,
ingatlah awan,
kerna awan itu aku.

Tuesday, September 29, 2009

Gadis Elektrik


Lisa,

potret kita masih ku simpan,
walau bingkainya kusam,
aku belek,
takut berhabuk,
aku lap,
biar tak luput,

masih teringat aku,
di kala kita bersua kali pertama,
lirik mata mu,
suara merdu mu,
masa seolah-olah terkedu,
bagai memberi sedikit ruang buat kita,
melengkapkan satu cerita,

bila ku sangsi,
kau beri ku ketawa,
bila ku lemah,
kau pegang erat tanganku,
kau senyum,
beri ku harapan,
ku tahu kau gadis pesona

malam ini,
aku jatuh cinta,
dengan si gadis elektrik,
aku tahu kau juga suka,
walau dia tak seperti kau,
aku yakin kau juga gembira,

aku harus pergi,
kerna aku manusia,
yang perlukan cinta,
selamatlah kau di atas sana,
kau harus tetap ceria,
potret kita masih ada.

al-fatihah buat Nurul Alyssa Abdul Malik, semoga rohmu dicucuri yang maha kuasa, hampir 2 tahun kau pergi, kini tiba masa aku mula cerita baru, kalau kau rindu, datanglah lihat potret kita, potret itu masih lagi disitu, disamping patung yang kau beri dulu...


Friday, September 25, 2009

meja kaki empat


aku benci meja berkaki empat itu,
warnanya buat aku muak,
aku loya,
sial punya meja,
aku ambil pisau,
aku toreh-toreh mukanya,
memang dasar tak guna,
kau buat aku terseksa,
kau seksa jiwa aku,
aku tak bebas,
balik-balik menghadap kau,
apa kau itu tuhan?
yang mesti aku sembah sujud?
tak, kau hanya sampah,
yang masih boleh diguna,
sampai satu hari aku jadi jurutera,
aku buang kau,
biar kau rasa,
apa yang aku rasa.

Friday, September 4, 2009

metro


Disini aku berdiri lagi,
di hujung sudut,
garisannya kuning,
kita jumpa lagi,
tapi kau masih di situ,
kaku,
tersenyum seperti semalam,

kau tunjuk aku bunga,
cantik,
menarik warnanya,
tapi aku tak boleh menerima,
kerna itu semua tak nyata,

gerabak laju sudah tiba,
ya aku harus kerja,
jangan risau,
kita pasti jumpa lagi,
tunggu aku balik nanti,
disini..

*Berkisar tentang seorang wanita yang jatuh hati dengan gambar iklan seorang pemuda di stesyen metro. Setiap hari dia tetap menunggu kereta api di tempat yang sama demi menatap gambar kesayangannya. Gambar itu seolah-olah memberi semangat kepadanya dalam meneruskan hidup sebagai seorang pekerja normal.

by : Muzamel Zainal

Sunday, August 30, 2009

pulang


kalau boleh,
aku mahu balik,
apa yang kau ambil dari aku,
mungkin kau tak sedar,
kau alpa,

pagi itu,
kau telefon aku,
kau kata hati kau sakit,
kau menangis,
kau marah,
kau sedih,
kau geram,
kerna si dia kau sakit,
aku juga sakit

malam itu,
kau telefon aku lagi,
kau cerita,
tentang dia,
kau ketawa riang,
kerna si dia,
bagi kau ros merah,
aku juga tertawa

kau masih tidak tahu,
kau masih tidak mengerti,
tanyalah bulan,
kerna aku sudah beritahu padanya,
tanyalah awan,
kerna sudah kubisik sayup segala,

jika kau masih tak megerti,
jika kau masih ingin berlalu pergi,
pulangkan kembali,
sekeping hati,
supaya aku dapat memberi,
kepadanya satu hari nanti..

by : Muzamel Zainal

Thursday, August 27, 2009

biola


si tua itu masih disitu,
pelan-pelan menyeret dawai biola,
kasutnya hitam,
bajunya kelabu,
merdu.. sungguh merdu,

cerita-cerita sedihnya,
terungkap segala,
dalam nada biola,

dia, hanya mahu karyanya dihargai,
walau dia tak sehebat Beethoven
walau dia tak sehebat Mozart,
dia hanya lelaki tua,
dan dia hanya punya biola,
biola yang setia,

dan kamu?
kamu bilang dia tak berguna,
hingar busuk,
tak cantik,
tak berharta,

tapi kamu perlu tahu,
dia itu juga manusia,
manusia biola.

by : Muzamel Zainal

Tuesday, August 25, 2009

primadona


di tingkap itu,
orang selalu memandangmu,
jelita,
tak jemu dipandang,

tapi apa yang kau rasa?
sunyi? sepi?
kerna kau anak bangsawan,
kau itu primadona,
layakkah kau turun kebawah?

bajumu sutera hijau,
rambutmu hitam tersisir,
dirimu kilauan permata,
dan baumu pemikat jejaka,

tapi kau juga punya kurang,
hatimu sepi siapa yang tau?
kerna kau itu primadona.

by : Muzamel Zainal

coklat


dulu ibu selalu beri aku,

sebungkus chocolate yang bentuknya hati,

cantik!

aku suka rasanya,

aku suka bentuknya,

ibu kata,

semanis mana chocolate itu,

tak dapat di banding manisnya sayangnya pada aku,

aku masih mentah, tak mengerti,

dan semalam,

kau beri aku,

chocolate yang sama,

berbentuk hati,

berwarna merah,

berbelang putih,

kau kata,

'ambillah, hidup ini masih panjang'

ternyata,

rasa chocolate itu tak pernah berubah,

aku masih suka,

mungkin itu bagaimana rasanya,

kasih sayang,

tak pernah berubah...

by : Muzamel Zainal

aiskrim


semalam kau call aku,

mahu berjumpa katanya,

pukul 4, aku diri disitu,

pegang aiskrim vanilla,

kesukaan kita berdua,

tapi, aiskrim itu lemah,

lama aku tunggu,

ia mencair, lebur, macam hati,

aku tau kau tak datang,

kerana cinta itu,

ibarat aiskrim vanilla,

aku sudah lama sabar menunggu,

nampaknya, sampai sini saja,

aiskrim vanilla cair ku campak dalam dustbin,

terima kasih aiskrim vanilla,

walaupun sementara..

by : Muzamel Zainal