Tuesday, December 8, 2009

Syiling


satu, dua, tiga,
rajin budak itu kira,
kira-kira mahu jadi apa dia bila besar?

kau jangan tanya aku balik,
aku bukan tahu,
barangkali doktor,
barangkali menteri,
siapa tahu?

sibuk dia mengira,
macam pegawai bank saja,
dengan kantungnya,
sarat gemuk dengan syiling,

ting! syilingnya jatuh,
lekas-lekas dia kejar,
aku kutip bagi padanya,
dia senyum,
syiling aku juga aku beri padanya,
dia suka!

'sudah, mari kita balik'
dia hanya menurut,
memimpin ibunya yang kusut,
tak bermata,
buta,

aku lihat saja,
kau jangan salahkan dia,
memang rezeki dia disitu,
die lambai aku,
aku tersenyum,
mungkin kerana syiling tadi,
tak seberapa.

by : Muzamel Zainal

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.